Sabtu, 4 Disember 2010

KUEH SRI MUKA

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair 

(santan pekat pon boleh- 1 cawan je selebihnya 1 1/2 cawan air)
+ sikit garam
  

Cara membuatnya :
1. Basuhkan pulut, letak santan dan garam ikut rasa.Gaul.
2. Kukuskan sehingga masak. Kalau pulut keras tambah sedikit air.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
4. Tekankan pulut yang telah masak dengan senduk plastik supaya mampat dan cantik.
5. Letak semula dalam kukus dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara membuatnya :

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan gaul rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas.. baru masukkan lapisan atas pula..

Jumaat, 3 Disember 2010

Sup Kambing Mamak Style


Bahan A
1 kg daging/lidah/ekor kambing/lembu
4 helai daun pandan (daging direbus + daun pandan)   


Bahan B
4 sudu makan rempah sup
30gm cili padi
100gm bawang merah                                          
30gm bawang putih                                          
50g halia                                           
2 batang kayu manis                                           
garam secukup rasa                                           
gula sedikit                                          
3 sudu tepung dhal dicampur sedikit air (bahan pemekat)

Bahan untuk taburan:

daun sup + daun bawang
bawang goreng

Cara-caranya:

1. Tumis bahan kisar + rempah sup hingga garing dan naik bau yang harummm..
2. Masuk kan ke dalam periuk rebusan daging tadi dan kacau.
3. Jika semua dah ok,baru masuk kan tepung dhal.
4. Harus kacau selalu.Jika tidak tepung jadi bergentel.Sup akan nampak pekat.
5. Kalau nak lagi pedas-masa dihidang a dash of pepper...