Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair
(santan pekat pon boleh- 1 cawan je selebihnya 1 1/2 cawan air)
+ sikit garam
Cara membuatnya :
1. Basuhkan pulut, letak santan dan garam ikut rasa.Gaul.
2. Kukuskan sehingga masak. Kalau pulut keras tambah sedikit air.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
4. Tekankan pulut yang telah masak dengan senduk plastik supaya mampat dan cantik.
5. Letak semula dalam kukus dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam
Cara membuatnya :
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan gaul rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas.. baru masukkan lapisan atas pula..

OH OH ! NI FAVERET SAYA NIH ! NANTI SAYA CUBE LAH ! TERBAIKK !!
BalasPadam