Jumaat, 29 April 2011

Cerita sikit...

menulis....


Hai..para pembaca semua, memang sudah lama sangat saya tidak mencatatkan apa2 dalam blog ini. Maklumlah Si Penjual Kueh sibuk buat kueh tiap hari sehingga tak dapat mencoretkan apa2 dalam blog diarinya ini.Malam tadi Si Penjual Kueh sangat malas nak buat kueh. Badan sangat penat dan sakit belakang. 
Buat kueh pon bukan senang. Kekadang kena duduk lama atau kena berdiri lama.Si Penjual Kueh ini pernah kena "operation" ketika melahirkan anak dulu, mungkin sebab itulah Si Penjual Kueh kena sakit belakang. Namun, untuk menambah pendapatan keluarga, Si Penjual Kueh tetap kuatkan semangatnya untuk membuat kueh. Dulu, Si Penjual Kueh tak pandai langsung buat kueh tau.. kueh pertama yang Si Penjual Kueh buat ialah Kueh Kasui.
Itupon kerana kueh Kasui ini adalah kueh fevret Si Penjual Kueh.
Pembaca semua nak tau tak resepi mudah dan simple si penjual kueh ini??
Haa.. ini dia resepinya........( Si Penjual Kueh suka sukat guna cawan je)..

KUEH KASUI

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil kapur (dicairkan dgn sedikit air)
1/2 sudu kecil garam
1 cawan gula merah (sudah dicairkan bersama sedikit gula pasir)
4 cawan air
1 cawan kelapa parut (digaul bersama sedikit garam, sebaik2nya dikukus seketika supaya tidak cepat basi)

Cara membuatnya pula...
1. Campurkan kesemua bahan kecuali kelapa parut kedalam mangkuk. Gaul sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.  (paling mudah, masukkan je semua bahan dlm pengisar dan kisar sebati)

2. Ambil loyang 10 inci x 10 inci, sapukan minyak sedikit seluruh permukaan dalam loyang. Tapis adunan kedalam loyang.

3. Semasa kita bancuh bahan2 tadi sebaiknya kita sedah memanaskan pengukus ya.. 

4. Kukus adunan selama 30-40 minit. Nak tau macam mana jika dh masak??
Oh..itu senang jer..ambil lidi sate, cucuk kat tengah adunan, kalau takde tepung yang melekat, maknanya kueh sudah masaklah..

5. Keluarkan dan biar sejuk. Ambil masa dalam 1 ke 2 jam. Selepas itu potong, gaulkan bersama kelapa parut yang telah di kukus tadi.

Bolehlah dimakan atau dijual.....

p/s : kalau warnanya tak pekat, tambah sedikit kicap mee supaya warnanya menarik mengikut pandangan anda. Jangan pula letak kicap masin atau kicap manis tau...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan